Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN PENUH PADA 10.12.2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh kembali lagi. Malam tadi Malaysia dan sebahagian negara Asia menyaksikan lagi fenomena ini yang bermula pada jam 10.07 malam dan berakhir pada jam 10.57 malam.
l-Hamdulillah saya dapat menyaksikan fenomena menarik ini bersama keluarga di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Tahniah kepada pengurusan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atas penganjuran program ini yang dihadiri lebih 500 hadirin

Sunday, November 20, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU WAN MOHD ARIF DENGAN ROZIAH (OJA)

Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji Pahang dan seluruh isi keluarga mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Wan Mohd Arif bin Wan Abu Bakar dan pasangan beliau Roziah binti Abd Rahim yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini 20 November 2011 di Kg Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat, Selangor.

Semoga perkahwinan ini diberkati Allah s.w.t, dimurahkan rezeki dan kekal hingga ke syurga.

Kepada anaknda Roziah Abd Rahim, Selamat datang ke lingkungan keluarga kami dan kami amat berbesar hati serta mengalu-alukan kehadiran anaknda sebagaimana anggota keluarga kami yang lain juga.

'SELAMAT PENGANTIN BARU'
20.11.2011 DALAM KENANGAN

Friday, November 18, 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN BENDERA PERSATUAN KETURUNAN ORANG KAYA HAJI

Mesyuarat Agung Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji Pahang Kali Ke-5, Tahun 2011 pada 13 November 2011 yang lalu telah bersetuju supaya persatuan ini mempunyai logo dan bendera sebagai lambang kesatuan dan persaudaraan.

Sehubungan dengan itu, satu pertandingan melukis logo dan bendera telah dilancarkan sempena mesyuarat tersebut. Pertandingan akan berakhir pada 31 Disember 2011, jam 500 petang. Pertandingan ini terbuka kepada semua waris keturunan Orang Kaya Haji Pahang.

Syarat-syarat, konsep, borang penyertaan dan hadiah pertandingan akan diumumkan kemudian.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Pengerusi (013-2922135), atau Setiausaha Agung (0136917917), atau Bendahari (0199766594) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau emailkan kepada wjamaludin@gmail.com.

Sunday, November 13, 2011

PELANCARAN KOPERASI KETURUNAN ORANG KAYA HAJI BHD

Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji melangkah setapak lagi selepas lima tahun penubuhannya secara rasmi dengan melancarkan Koperasi Keturunan Orang kaya Haji Pahang Bhd. semalam.

Mesyuarat Agung koperasi yang disekalikan dengan Mesyuarat Agung Persatuan dan Majlis Sambutan Aidil Adha yang dihadiri oleh lebih 100 orang waris Orang Kaya Haji semalam telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah Lipis. Majlis diserikan dengan cabutan nombor bertuah dengan pelbagai cenderamata dan hamper yang disumbangkan oleh AJK persatuan.

Selain daripada mesyuarat, persatuan turut menyediakan pelbagai permainan dan pertandingan khas untuk kanak-kanak Pelbagai hadiah dan cenderamata menarik disediakan untuk anak-anak berkenaan. Terserlah keriangan di wajah masing-masing.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah Lipis dan wakil pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Raub.

Kepada semua waris keturunan Orang Kaya Haji yang berminat untuk menyertai koperasi ini, bolehlah berhubung terus dengan mana-mana AJK Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji.