Sunday, November 13, 2011

PELANCARAN KOPERASI KETURUNAN ORANG KAYA HAJI BHD

Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji melangkah setapak lagi selepas lima tahun penubuhannya secara rasmi dengan melancarkan Koperasi Keturunan Orang kaya Haji Pahang Bhd. semalam.

Mesyuarat Agung koperasi yang disekalikan dengan Mesyuarat Agung Persatuan dan Majlis Sambutan Aidil Adha yang dihadiri oleh lebih 100 orang waris Orang Kaya Haji semalam telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah Lipis. Majlis diserikan dengan cabutan nombor bertuah dengan pelbagai cenderamata dan hamper yang disumbangkan oleh AJK persatuan.

Selain daripada mesyuarat, persatuan turut menyediakan pelbagai permainan dan pertandingan khas untuk kanak-kanak Pelbagai hadiah dan cenderamata menarik disediakan untuk anak-anak berkenaan. Terserlah keriangan di wajah masing-masing.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama Y.Bhg Dato' Pegawai Daerah Lipis dan wakil pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Raub.

Kepada semua waris keturunan Orang Kaya Haji yang berminat untuk menyertai koperasi ini, bolehlah berhubung terus dengan mana-mana AJK Persatuan Keturunan Orang Kaya Haji.

No comments: